MENGENAI KAMI
Z INTECH SOLUTION adalah sebuah syarikat milikan tunggal yang dimiliki oleh bumiputera melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965. Kami mula beroperasi pada tahun 2008 secara kecil-kecilan dengan menjalankan perkhidmatan mencetak dokumen dan kad kahwin . Tahun demi tahun, Z INTECH SOLUTION berusaha menambah perkhidmatan yang sedia ada bagi mempelbagaikan perkhidmatan dan memenuhi permintaan semasa di dalam bidang percetakan ini.
Setelah hampir dua belas tahun kami beroperasi, kini Z INTECH SOLUTION menyediakan pelbagai perkhidmatan membekal barangan promosi ( premium & gift, beg kertas, wooven bag, kad tebus produk, cenderahati,banner dan banting, flyers, poster, business cards, cetakan mug, cetakan pakaian, pakaian sukan , magnetic freezer, button badge, keychain, cetakan pen dan banyak lagi.
Selain daripada itu, kami juga menyediakan perkhidmatan cetakan pelabelan produk
menggunakan pelbagai jenis stiker pelbagai saiz dan rupabentuk .
Z INTECH SOLUTION juga membekalkan bahan-bahan bercetak untuk sekolah, pusat pengajian tinggi, jabatan kerajaan seperti buku rekod pelajar,buku panduan pengurusan, papan alat bantu mengajar, papan carta organisasi, papan tanda waktu urusniaga, dan banyak lagi.
Selain daripada kerja-kerja percetakan dan pengiklanan, Z INTECH SOLUTION turut menyediakan perkhidmatan Graphic Design untuk semua kerja kerja percetakan dan pengiklanan yang kami tawarkan.